T. Ananda Krishnan
Maxis, KLCC & Measat hanyalah 3 dari sejumlah besar projek yang melibatkan beliau.
T.
Ananda Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa
syarikat awam lain. Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun
2003, beliau adalah individu terkaya di Malaysia.
T.
ANANDA Krishnan adalah individu yang menguasai Maxis dan beberapa
syarikat awam lain. Beliau lebih dikenali dengan nama AK. Pada tahun
2003, beliau adalah individu terkaya di Malaysia.
Latar Belakang

Beliau merupakan bekas pelajar Harvard University dalam jurusan MBA. Sebelum itu beliau belajar Sains Politik di Australia. Sekolah awalnya adalah di Sekolah Tamil Vivekananda, Brickfields.
Beliau mula buat duit pada awalnya adalah dalam kegiatan perdagangan minyak dengan menggunakan syarikatnya MAI Holding Sdn Bhd. Dari situ dia terbang tinggi sehingga menjadi Tycoon dalam industri perjudian, media, telekomunikasi dan jana tenaga.

Aspirasinya
adalah menjadikan Measat Broadcast Network Systems atau Astro sebagai
syarikat media bertaraf global. Melalui Binariang Satellites Systems
beliau memiliki dua buah satelit orbit, iaitu Measat 1 dan Measat 2. 43
peratus pegangan dalam KLCC Holdings. Tetapi, beliau sudah menjual
kepentingannya dalam KLCC Holdings dan memperoleh RM1.2 bilion.
Usaha
Tegas Sdn. Bhd. pula memiliki 33 peratus kepentingan dalam Tanjong Plc,
90 peratus kepentingan dalam Maxis Communications Berhad, 100 peratus
pegangan dalam Measat Broadcast Network Systems. Tanjong Plc pula
memiliki 84 peratus saham Powertek Bhd.
Beliau
juga mempunyai kepentingan dalam Bumi Armada Berhad, iaitu syarikat
perkapalan. Objektif Bersatu Sdn. Bhd. dengan 49 peratus kepentingan.
Syarikat filem yang berpusat di Hong Kong, iaitu Celestial Pictures Ltd.
dengan 100 peratus kepentingan. Kepentingan Ananda Krishnan dalam
Celestial Pictures Ltd. dibeli daripada Shaw Brothers pada tahun 2000
dengan harga RM292.6 juta.
Dua
buah syarikat, iaitu Zodan dan Zudavi. Dua syarikat itu adalah antara
enam buah syarikat yang diberikan hak menggali minyak dan gas di
Indonesia pada tahun 2001. Kepentingannya dalam Bumi Armada Berhad
diperoleh melalui Objektif Bersatu Sdn. Bhd., iaitu syarikat yang dibeli
dengan usahawan bernama Wan Ariff Wan Hamzah.
Projek-projek yang menyumbang kepada kekayaan

Melalui
pegangannya dalam Tanjong Plc pula, Usaha Tegas Sdn. Bhd. mempunyai
kepentingan dalam industri hiburan seperti dalam Tanjong Golden Village
Cinemas. Kedua-dua Tanjong Plc dan Powertek Berhad masing-masing
mempunyai permodalan pasaran sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.2 bilion.
Maxis pula mempunyai seramai 2.3 juta pengguna, menjadikannya syarikat
telekomunikasi yang terbesar di Malaysia.
Perkhidmatan
TV Satelit Astro kini meliputi beberapa negara seperti Malaysia,
Taiwan, Indonesia, India, Filipina, Brunei dan Vietnam. Di Malaysia
sahaja, 850,000 orang menggunakan perkhidmatan TV Satelit Astro. Astro
kini bernilai RM4 bilion. Binariang adalah syarikat televisyen satelit
pertama negara, diberikan monopoli selama 20 tahun, iaitu sehingga tahun
2017.
Perniagaan di luar negara
Ananda
Krishnan mempunyai kepentingan dalam bidang minyak dan gas di Amerika
Syarikat, Sri Lanka, Mesir, Indonesia dan sebagainya. Beliau juga
dikatakan memiliki dua buah studio animasi, sebuah di Filipina dan
sebuah lagi di Hollywood. Beliau juga memiliki ladang pembakaan kuda di
Australia. Selain itu, AK juga memiliki kepentingan dalam TVB.com, iaitu
TV interaktif yang berpusat di Hong Kong.
Pendidikan
Ananda
Krishnan berketurunan Tamil dan bapanya berasal dari Sri Lanka. Beliau
bersekolah rendah di Sekolah Rendah Tamil Vivekananda, Kuala Lumpur.
Kemudian, beliau bersekolah di Victoria Institution, Kuala Lumpur.
Seterusnya,
beliau melanjutkan pelajaran ke University of Melbourne bagi
mendapatkan ijazah sarjana muda pentadbiran perniagaan. Bagi peringkat
sarjana pula, beliau melanjutkan pengajiannya ke Harvard University,
Amerika Syarikat pada tahun 1964 dalam bidang ijazah pentadbiran
perniagaan. Selepas mendapat ijazah sarjananya, beliau memulakan
perniagaan dalam perdagangan minyak dan gas.
Keistimewaan
Ananda
Krishnan adalah usahawan yang pandai memanfaatkan teknologi baru dan
peluang perniagaan yang muncul. Kebijaksanaannya terserlah lagi kerana
apabila Menara Berkembar Petronas dilancarkan, kadar penghuniannya
adalah 100 peratus. Kini, kadar penghuni bagi Menara Berkembar Petronas
masih tinggi, iaitu pada kadar 80 peratus.
Ananda
Krishnan banyak menyumbang kepada aktiviti kebajikan dan
kemasyarakatan. Contohnya, beliau mendermakan sebanyak RM160 juta kepada
beberapa dana pendidikan di Malaysia.
Syarikat
yang menyumbang dengan jumlah RM160 juta itu adalah Maxis
Communications Berhad, Tanjong Plc dan Measat Broadcast Network Systems
Sdn. Bhd. Daripada jumlah itu, RM100 juta didermakan kepada Dana Harapan
Nusantara.
Dana
Harapan Nusantara ditubuhkan oleh Ananda Krishnan sendiri melalui
syarikatnya Usaha Tegas Sdn. Bhd. khas bagi pelajar Bumiputera. Dana
Harapan Nusantara juga diberi peruntukan khas, iaitu 300 juta saham
dalam Maxis yang bernilai kira-kira RM100 juta, yang dapat dijual
apabila perlu.
Dana
Harapan Nusantara juga melaksanakan pelbagai projek. Antaranya adalah
projek bagi membantu pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran ke luar
negara melalui program berkembar di universiti dan kolej swasta
tempatan.
Mulai
tahun 2004, 100 orang pelajar dipilih setiap tahun bagi menyertai
program itu. Selain itu, sebanyak RM5 juta juga diperuntukkan bagi
pengurus dan profesional Bumiputera supaya mereka dapat menyertai
program pendidikan eksekutif di Harvard Business School.
Usaha
Tegas juga menubuhkan Yayasan Yu Cai dengan geran awal sebanyak RM25
juta. Yayasan Yu Cai diwujudkan bagi menyemai dan membangunkan bakat
dalam pelbagai bidang.
Sumbangan
pertama Yayasan Yu Cai adalah sebanyak RM5 juta yang diperuntukkan bagi
membantu penubuhan Jabatan Amalan dan Falsafah Tradisional Cina di
Universiti Tun Abdul Razak.
Usaha
Tegas juga memperuntukkan sebanyak RM5 juta bagi Institut Perubatan,
Sains dan Teknologi Asia. Selain itu, Tanjong, Maxis dan Measat pula
secara bersama menyumbangkan sebanyak RM10 million kepada Universiti Tun
Abdul Razak.
No comments:
Post a Comment