Monday 24 March 2014

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Tan Sri Robert Kuok Hock Nien


Robert kuok digelarkan sebagai Raja Gula Malaysia yang menjadikan beliau seorang jutawan di Malaysia.

Latar Belakang

Keluarga Robert Kuok berasal dari wilayah Fujian, China. Beliau dulahirkan pada 6 Oktober 1923, di Johor Bharu, Johor. Beliau merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. 

Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $12.5 bilion pada tahun 2011, menjadikan beliau orang terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok. 

Beliau merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya. 

Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia. Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Berhad), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan haiwan, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.


Rahsia dalam kejayaan usahawan 

"Beliau sungguh teliti, bercita-cita tinggi dan tak banyak cakap, mudah didampingi. Pertuturannya lemah lembut, sopan dan tertib. Kalau kita tak setuju dengan pendapat dia pun, kita pasti akan menghormati sikapnya," itulah gambaran yang diberi oleh Tan Sri Ramon Navaratnam mengenai Robert Kuok. 

"Kunci kejayaan beliau adalah keberaniannya mencuba apa jua bidang perniagaan, ditambah pula tenaga pekerjanya yang jujur dan setia" kata sumber yang enggan namanya disebut. Dalam satu wawancara eksklusif dengan majalah alumni National University of Singapore pada 2000, Kuok berkata kejayaannya adalah hasil kerja keras. "Jangan harapkan jalan singkat untuk berjaya. Jika kita berjaya, orang akan mula memperkatakannya bertahun-tahun. Mereka akan datang jika reputasi kita kukuh". 


Selain itu, hubungan beliau yang baik dengan semua pihak, termasuk usahawan-usahawan Cina. Beliau juga memupuk hubungan baik dan erat  dengan ahli perniagaan Cina Asia seperti Lim Sioe Liong, Oei Hong Leong, Li Ka Shing, Tan Sri Khoo Kay Peng, Datuk Tan Chin Nam, Run Run Shaw, TT Tsui, Roberto Ongpin dan Chatri Sophonpanich dalam apa yang dikatakan ‘Rangkaian Bamboo’ yang bermaksud buluh.

Pengalaman dalam kejayaan usahawan


Bapanya, Kuok Keng Kang, seorang pendatang dari wilayah Fujian, China, membentuk Tong Seng & Company di Johor selepas memperolehi lesennya dari Sultan Johor. Beliau telah menguruskan Tong Seng sebagai syarikat yang masyhur dalam bidang pengedaran beras, gula dan tepung di samping dagangan am dan barangan sejuk. Kemudian beliau diberi kontrak membekal bahan mentah untuk kira-kira 50,000 tahanan perang Jepun di Johor ketika perang tamat.
 

Perniagaan bapanya membolehkan beliau belajar di sekolah aliran Cina dan Inggeris, termasuklah di Raffeles College sebelum pencerobohan Jepun. Beliau kemudian bekerja dengan Mitshubishi Dhoji Kaisha yang menjual garam, gula dan beras. Untuk memperbesarkan perniagaan keluarganya, Kuok mencontohi hubungan rapat yang dipupuk oleh bapanya dengan pemimpin Melayu Johor. 

Titik permulaan empayarnya tercatat selepas Merdeka. Beliau menubuhkan Malaysia Sugar Manufacturing Company pada tahun 1958 dengan kerjasama Mitsui Bussan Kaisha Ltd dan Sugar Nissin Manufacturing. Pada 1964, beliau membina kilang gula pertama Malaysia, Malayan Sugar Manufacturing dengan mendapat kuasa monopoli dari kerajaan. Beliau turut membuka ladang tebu pertama negara, Perlis Plantation di tanah milik kerajaan dengan bantuan Felda. Pada sekitar 1970an, ladangnya diluaskan ke Indonesia, menjadikannya salah seorang pedagang utama gula dunia. Urusannya mendapat kerjasama pihak berkuasa seperti Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan Amanah Saham Nasional yang membolehkan mengekalkan hubungan peringkat tertinggi dengan kerajaan. 




Usahawan yang bersikap realistik 

Tan Sri Robert Kuok, orang Malaysia yang terkaya, selalu di rujuk sebagai Sugar King (Raja Gula) tetapi beliau tidak menyukai gelaran ini dan dan menganggapnya tidak tepat. Sebaliknya beliau yang memiliki empire perniagaan, termasuk rangkaian Hotel Shangrila, lebih menyukai gelaran Raja Hotel.

 ‘Saya suka hotel tetapi gelaran jolokan ‘Raja’ untuk saya, itu tidak tepat.’ beliau berkata ketika di interview oleh CCTV. Beliau menyatakan sewaktu mulai mencebur diri kedalam industri pelancongan di negara China, kemudahan pelancongan di sana, terutama tandas, berada dalam keadaan serba kekurangan. Oleh itu ia tidak mampu menarik para pelancong asing. “Tetapi saya mengagakkan ketika itu negara China akan menjadi destinasi pelancongan yang hebat kerana memiliki barangan dan tempat tempat bersejarah yang banyak”. kata Beliau yang yang membina Hotel Shangrila yang pertama di Hanghzou pada tahun lapan puluhan. 



Hari ini terdapat 72 buah hotel Shangrila diseluruh dunia, termasuk 34 buah di negara China. Kini terdapat 45 buah lagi sedang dibina, termasuk 28 buah di negara China.
Beliau berkata perhotelan, sebagai sebuah industri perkhidmatan bergantung kepada pekerjanya daripada pengurusan teratas hinggalah kepada pekerja terendah untuk memberi khidmat pelanggan. Oleh itu sejak memasuki industri ini, beliau sentiasa perihatin kepada keperluan pekerja.“Tanggungjawab Lembaga Pengarah yang terbesar ialah kepada pekerjanya”, kata beliau.

1 comment:

  1. Good sharing for this article, Robert Kuok Hock Nien is an influential Malaysian Chinese businessman. According to Forbes his net worth is estimated to be around $10 billion on May 2008. Visit below page for Robert Kuok Hock Nien notes on the past sixty years:
    http://kidbuxblog.com/robert-kuok-hock-nien-notes-on-the-past-sixty-years/

    ReplyDelete